Friday, August 13, 2004

merintasi

ada kalanya aku tersembunyi di dalam sendiri. fikiranku melayang-layang tidak terkena. destinasi tidak wujud, tak usahlah sebut sampai. dibaham gelombang emosi bagaikan pemikiran semasa mandi. tetapi jasad dan emosi di muka tidak menunjuk sama sekali perasaan tersirat ini. diriku sendiri tidak faham phenomena ini cuma meletak perkataan perasaan di meja sebagai alasan.

mungkinkah ini semua cuma satu langkah yang susah untuk ke hadapan? walaupun ia kelihatan sebagai begitu dan kemungkinan besar ini benar, ia tetap satu langkah yang agak memudaratkan. hipotesis aku telah dibuktikan oleh langkah-langkah sebelumnya dan diriku yang telah dipahat dibina oleh pengalaman sebegitu. tetapi sebenarnya aku tahu dan harap ini bukanlah benar sama sekali dan semua ini bisa dianggap sebagai tanda-tanda takdir kehidupanku. ia telah seolah-olah menguasaiku untuk percaya dalam takdir. tetapi diriku yang semulajadi akan cuma menafikan semua ini.

aku sangat risau perjalanan ini. sebagai seorang yang agak praktikal dan bawah-ke-bumi (haha), perjalanan ini bagaikan jalan di alam fantasi.

saat-saat terakhir sebelum jariku meninggalkan papan kekunci ini, aku meminta ampun kerana yang tertulis ini adalah sampah. jangan risau jikalau anda tidak faham cerita aku. bm boleh mati. saya tidah perlu bm.

--
Damn. It took me damn 9 long to just come out with a sentence. You can't just think in English and try to write in Malay. It just doesn't work. It's evidently proven that my vocabulary in Bahasa Melayu is pretty limited. Pardon me. :p